18 November 2009

Nite Of Soul 'Sounds Of Acoustic'

Tarikh: 14 Nov 2009
Tempat: Airport Steakhouse Keningau

Konsert mini yang amat unik dan menghiburkan. Lagu-lagu yang disajikan disediakan dalam bentuk akustik. Artis-artis yang terlibat adalah seperti pemain gitar tersohor Sabah ,Roger Wang. Felix Agus, Reek A Down, Moses & Friends, Alvin Inifinatez, Jo-Anna Henley-Rampas & DJ Azlan.



Felix Agus yang menyanyikan lagu Aku Juga Iya & Akulah Laki Laki dalam versi akustik

Felix Agus & Roger Wang

DJ Azlan mengegarkan Airport Steakhouse!
Jass (Pengurus kepada Felix) sedang ditemuramah secara 'live' oleh DJ Jason Sabahan.FM


Jo-Anna bersama ibu beliau yang setia menemani
Gambar kenangan Felix Agus bersama Moses & Friends, Roger Wang, Jass Alvin dan Teddy

10 November 2009

Program Astro Kasih - Akademi Fantasia

Tarikh: 24 Oktober 2009
Tempat: Kg. Sri Tanjong, Panchor, Muar, Johor.

Program amal yang dianjurkan oleh Astro dan telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pagoh. Majlis gilang gemilang ini bertambah meriah dengan kehadiran artis-artis dan penyampai radio Sinar FM seperti Felix, Idayu, Akma, Haziq, Akim, Aril, Hafiz, Linda Onn, Raja Azura, Salleh Yakob dan banyak lagi. Para penonton yang terdiri daripada penduduk Kg. Sri Tanjong telah dihiburkan dengan persembahan secara langsung oleh artis-artis yang hadir. Apa yang lebih istimewa, Felix Agus berpeluang untuk bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan beliau semasa mengikuti program realiti tv Akademi Fantasia musim ke-3










Penggambaran Telemovie 'Kabus Di Balik Bayu'

Tarikh: 01 Oktober 2009 - 10 Oktober 2009
Lokasi: Sandakan - Kundasang, Sabah

Telemovie arahan Mr.Nursahar (Immortal Creative Sdn. Bhd.) seorang pengarah filem layar perak yang tidak asing lagi di kalangan pencinta perfileman tanahair. Telemovie yang menceritakan semula sejarah Gunung Kinabalu Sabah ini dibarisi pelakon-pelakon handal lama dan baru. Skrip telemovie ini ditulis oleh Zabidi Mohamed.

Sinopsis - mengenai Catherine seorang anak expatriate di Kuala Lumpur berasal dari Australia datang ke Sabah untuk menjejaki The Death March dimana datuknya seorang tentera Australia semasa WWII adalah antara 6 orang yang terselamat daripada 800 tentera Australia yang dipaksa tentera Jepun berjalan kaki sejauh 200 kilometer dari Sandakan ke sebuah penjara di Kundasang (Ranau). Namun ketika Catherine (Anjali Halimah Frances Gilong Avriett) berada di Kundasang kedatangannya yang dibawa oleh Fazil (Felix Agus) tidak di sukai oleh Sarimah (Nabila Dally - Pilih Kasih) yang anti barat. Sarimah anak tempatan Kadazan Dusun tidak setuju buku sejarah barat menulis Sir Hugh Low sebagai orang pertama menawan puncak Gunung Kinabalu. Pada Sarimah anak tempatan kadazan dusun Gunting Anak Lagadan yang menjadi tour guide kepada Sir Hugh Low adalah orang pertama yang menawan puncak Kinabalu. Catherine mempertahankan buku sejarah yang dibacanya. Sarimah yang bekerja sebagai tour guide di Kinabalu Park juga mendakwa orang yang pertama menawan puncak Everest adalah sherpa bernama Tenzin yang menemankan Sir Edmund Hillary mendaki puncak Everest. Sir Edmund Hillary dakwa Sarimah lagi telah membohongi sejarah dengan mendakwa dia yang pertama menawan puncak Everest. Tragedi berlaku apabila Sarimah mencabar Catherine mendaki puncak Kinabalu tanpa bantuan porter (sherpa).



Mr.Nursahar sedang memberi taklimat






Anjali Halimah Frances Gilong Avriett