15 Julai 2009

Anda Perlukan Khidmat Artis?

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan berurusan dengan artis-artis dalam dan luar negeri untuk dijadikan artis undangan/penghibur di dalam majlis-majlis anda. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini sila email butiran-butiran berikut;

(1) Type of event
(2) Event organizer
(3) Artist(s)
(4) Budget
(5) Number of song(s)
(6) Date, time & venue
(7) Special request (in addition)

Email kan butiran-butiran berikut ke alamat email jasstaring@yahoo.com.my

14 Julai 2009

Short-Movie (Trial) Shooting

Tarikh: 12 Julai 2009
Tempat: Nexus Resort Karambunai
Jururakam/Jurugambar/Krew/Artis yang terlibat: Lynch Chian, Jass, Cafu Toy, Felix Agus, C.T Goh, Ben James, Lydia Larius, Willikona Kung, Kolou Tan dan Lin Chung

Bertempat di sebuah hotel dan pusat peranginan yang dikenali di seluruh Malaysia dan tidak keterlaluan jika dikatakan dikenali di 'mata dunia', Nexus Resort Karambunai menjadi pilihan warga D'Sulap Entertainment untuk menjalankan sesi penggambaran percubaan ataupun 'trial shoot-out'. Walaupun tidak dirancang dengan teliti dari awal dan kelihatan seperti 'suka-suka' sahaja, namun sesi penggambaran ini menjadi platform kepada warga D'Sulap Entertainment untuk mengasah kemahiran masing-masing dalam bidang lakonan, rakaman, suntingan mahupun fotografi. Bergembira sambil belajar itulah motif sebenar pada kali ini. Cerita-cerita pendek yang telah dirakam pada hari tersebut akan ditayangkan di Youtube mengikut kesesuaian pada masa terdekat ini. Berikut merupakan serba sedikit gambar yang telah diambil pada hari tersebut...check it out! (*klik pada gambar untuk imej lebih besar)






















Kita sebagai rakyat Malaysia khususnya penduduk negeri Sabah harus berbangga kerana memiliki pusat peranginan berbintang 5 yang terkenal di peringkat dunia. Keindahan dan keunikan pusat peranginan Nexus, Karambunai ini sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi dan ianya telah merangkul beberapa anugerah pusat peranginan antarabangsa. Apa yang menyedihkan, pihak yang sepatutnya tidak mempromosikan tempat-tempat pelancongan dan menarik di negeri ini ke satu tahap yang lebih tinggi dan efektif agar tempat-tempat ini lebih dikenali di serata Malaysia mahupun dunia. Layari http://www.nexusresort.com/ untuk keterangan lanjut.

11 Julai 2009

Sukan Antara Jabatan Peringkat Negeri

Tarikh: 10 Julai 2009
Tempat: Stadium Tawau

'Majulah Sukan Untuk Negara', selaras dengan misi kerajaan untuk mewujudkan rakyat yang sihat, Sukan Antara Jabatan Peringkat Negeri tahun ini menyaksikan bandar Tawau sebagai tuan rumah. Bagi menyemarakkan lagi upacara perasmian dan penutupan majlis ini, Felix Agus telah tampil istimewa bagi menghiburkan para tetamu yang terdiri daripada kontinjen-kontinjen dari serata daerah yang telah penat berjuang di padang dan gelanggang hampir seminggu lamanya. Malam bertambah meriah apabila pertunjukkan bunga api menjadi penghias awan luas pada malam itu. Felix tampil menyanyikan lagu-lagu dari album terbaru beliau.








Felix melayan peminat kecilnya

09 Julai 2009

Karnival Muzik FM

Tarikh: 04 Julai 2009
Tempat: Stadium Likas Kota Kinabalu

Majlis yang gilang gemilang ini telah dibawakan oleh stesen radio Muzik FM menawarkan hiburan yang cukup bernilai buat yang hadir pada malam itu. Penonton kecoh sejenak apabila bekalan elektrik terputus dan seluruh pentas utama menjadi gelap gelita. Namun kecekapan juruteknik pada malam itu telah menyelamatkan keadaan. Felix menjadi pembuka tirai konsert pada malam itu yang disaksikan lebih 1000 orang penonton. Bermula seawal jam 8.30 malam, Felix tampil dengan lagu dari album terbaru beliau iaitu lagu yang bertajuk 'Aku Juga Iya'. Lagu kedua Felix merupakan album duet Ari Lasso dan Bunga Cinta Lestari. Lagu ini dinyanyikan beliau bersama Marsha Milan Londoh. Artis yang hadir pada malam itu termasuklah Azharina Azhar, Aizat, Mus May dan Faizal Tahir. Acara ini dianjurkan sempena mempromosikan stesen radio Muzik FM.



News Update!

Syarikat kini dalam rangka penyiapan album terbaru milik seorang lagi artis rakaman D'Sulap Entertainment. Album ini akan dilancarkan dalam masa yang akan diumumkan kelak. Bagi mereka yang masih belum memiliki album terbaru Felix Agus 'Aku Juga Iya', diharap dapat bersabar kerana pihak syarikat sedang berada dalam proses mencetak semula album ini dan dijangka akan menemui semula peminat dalam masa terdekat. Jelajah promosi album 'Aku Juga Iya' diteruskan dan kali ini berada di Kota Marudu Sabah pada 08 Ogos 2009. Pihak syarikat juga merancang untuk menjual album ini secara 'online'. Segala maklumat terbaru akan diumumkan dari masa ke semasa..terima kasih atas sokongan padu anda semua!

Cabutan Simpanan Premium BSN

Tarikh: 27 Jun 2009
Tempat: City Parade Kota Kinabalu

Bersempena dengan majlis Cabutan Simpanan Premium BSN pada sabtu lalu, Felix Agus telah dijemput hadir ke City Parade KK untuk menjadi salah satu juadah hiburan pada petang yang gilang gemilang itu. Antara artis lain yang hadir ialah penyanyi tempatan baru iaitu Wiwie Daunah dan pengacara undangan yang tidak asing lagi iaitu DJ Othoe SuriaFM. Selain melakukan persembahan, artis yang hadir pada petang itu turut mempromosikan album masing-masing di gerai yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Gerai D'Sulap Entertainment yang diletakkan bersebelahan dengan gerai Dj Othoe dan gerai Sabahan.FM dibanjiri peminat yang hadir untuk membeli album dan bergambar dengan artis kesayangan masing-masing. Turut hadir memeriahkan gerai D'Sulap Entertainment ialah rakan artis Felix Agus iaitu Nazri dari band Jiaja.







Felix bergambar bersama Nazri Jiaja dan krew Sabahan.Fm

Felix Agus, D'Sulap Entertainment Kaamatan Open House 2009

Tarikh: 13 Jun 2009
Tempat: Rumah kediaman Felix Agus

Sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga besar Felix Agus untuk mengadakan rumah terbuka sempena Pesta Kaamatan yang berlangsung setiap tahun. Apa yang istimewa pada tahun 2009 ini ialah Felix telah bernaung dibawah syarikat sendiri dan telah melancarkan album terbaru beliau yang bertajuk 'Aku Juga Iya'. Jemputan yang hadir setiap tahun adalah dikalangan ahli keluarga besar Felix Agus dan kawan-kawan. Tetamu pada tahun ini bertambah ramai dengan kehadiran kawan-kawan dari 'keluarga' D'Sulap Entertainment dan dianggarkan jumlah yang hadir pada petang itu ialah lebih dari 1500 orang.


Keluarga D'Sulap Entertainment menjamu minuman tradisional yang disajikan pada petang itu



Raphael Pinus (saudara kepada Felix) yang popular dengan lagu 'Sayang Bah Itu Masa' yang selalu dimainkan di stesen radio Suria.FM turut hadir menyerikan majlis