09 Jun 2009

Rumah Terbuka Kaamatan dan Penutupan Pesta Kaamatan 2009

Bertempat di Padang Bandaran Kota Kinabalu, 07 Jun 2009 yang lalu, bersempena dengan Rumah Terbuka Kaamatan dan Penutupan Pesta Kaamatan 2009, Felix Agus telah dijemput sebagai "Tuan Rumah" sekaligus sebagai artis utama untuk memeriahkan majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan ALam Sekitar Negeri Sabah pada petang yang gilang gemilang itu. Turut hadir pada petang itu ialah artis dan pelakon-pelakon terkemuka 'layar perak' tanah air dan beberapa lagi artis tempatan. Meskipun Pesta Kaamatan merupakan perayaan bagi suku kaum Kadazan Dusun di negeri Sabah, orang ramai yang hadir pada petang itu terdiri daripada semua lapisan masyarakat Sabah yang berbilang kaum. Senario ini amat membanggakan dan menerima banyak pujian dari pelancong-pelancong dari luar negara yang datang sendiri untuk menyaksikan upacara pada petang itu. Semoga negara Malaysia terus aman dan makmur agar kita dapat bertemu kembali di Pesta Kaamatan tahun hadapan!
Felix bergambar bersama barisan Unduk Ngadau Sabah dari tahun-tahun yang sudah berlalu, iaitu Mandy Nandu (UN 2005), Appey Rowena (UN 2009), Devenna Jaikob (UN 2006, Miss Sabah Malaysia World 2008), Sesatre Silsila pemain flute yang telah melakukan persembahan istimewa pada petang itu bersama sahabatnya Kham Cheng (tiada dalam gambar di atas), seorang pemain Erhu terkenal.





Acara pada petang itu dihangatkan lagi dengan kehadiran artis, pemuzik, pemenang unduk ngadau dan komposer terkemuka seperti Felix Agus (penyanyi/pelakon), Clarice J. Matha (penyanyi/pelakon), Ebby Yus (pelakon/pelawak), Sathiya (pelakon/pelawak), Pak Ngah (komposer), Sesatre Silsila (pemain flute terkemuka), Kham Cheng (pemain Erhu terkenal), Donald Untavid (penyanyi), Koboi Sabah (pelakon/pelawak), kumpulan pemuzik dan penari professional dari Lembaga Kebudayaan Sabah dan pemenang Unduk Ngadau tahun-tahun sebelumnya.

02 Jun 2009

Pelancaran Album Felix 'Aku Juga Iya'

waPelancaran album kedua Felix Agus iaitu 'Aku Juga Iya' telah berlangsung di Courtyard Hotel Elusion Lounge 1Borneo pada 30 Mei 2009 lepas. Album terbaru beliau ini telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah. Dianggarkan seramai 150 orang telah hadir untuk menyaksikan hari bersejarah buat Felix dan warga D'Sulap Entertainment ini dan mereka yang hadir terdiri daripada kawan, keluarga, selebriti, pemuzik, wartawan, blogger dan liputan khas secara langsung dari Sabahan.FM. Terima kasih diucapkan buat penaja utama majlis ini iaitu Cahaya Bintang Production, co-event organizer Cado Creatives Events & Productions, pihak Elusion Lounge, majalah rasmi Karangkraf Media Hiburan dan kepada semua yang telah hadir pada petang itu. Harapan kami agar majlis seumpama ini bukanlah yang pertama dan terakhir untuk kita semua bersua kembali.


Ketibaan Datuk Masidi disambut oleh pengarah CCEP

Ucapan alu-aluan dari wakil D'Sulap Entertainment, En.Cafu Toy



Pelancaran secara rasmi yang dilakukan oleh Yang Berbahagia


Para jemputan menjamu selera

Sesi temuramah dengan para wartawan dan blogger

'Kejutan buat Felix', kehadiran Marsha selaku wakil kepada semua bekas pelajar Akademi Fantasia 3 pada petang itu diatur oleh pihak D'Sulap tanpa pengetahuan Felix
Acara memotong kek sempena harijadi Felix yang ke-27
Liputan eksklusif secara langsung oleh DJ dari stesen radio 'online' tempatan Sabahan.FM
Wakil dari band Papier Mache
Band JIAJA turut hadir menyerikan majlis
Penaja dandanan dan solekan Felix pada petang itu dari En.Palas, Real X Saloon, Kompleks Asia City, Kota Kinabalu
Krew dan DJ Sabahan.FM

Tunjang utama D'Sulap Entertainment



Warga D'Sulap Entertainment

Jelajah Promosi KDCA

Sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah pada 30 dan 31 Mei 2009 yang lalu, bertempat di perkarangan Hongkod Koisaan KDCA, jentera promosi D'Sulap Entertainment sekali lagi 'turun padang' untuk mempromosikan album terbaru dari Felix Agus. Apa yang lebih menarik, sesi 'jamming' juga telah dipersembahkan kepada semua pengunjung gerai D'Sulap Entertainment dan gerai DJ Othoe Suria FM (bersebelahan). Sesi 'jamming' ini dihangatkan lagi dengan kehadiran Felix Agus sendiri, krew-krew D'Sulap, band JIAJA, vokalis kumpulan Kimara dan pengacara majlis yang tidak asing lagi iaitu DJ Othoe dari Suria FM.