12 Februari 2010

Studio Mood!

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Felix Agus telah diberi kepercayaan untuk memegang satu watak penting dalam sebuah drama bersiri pertama negeri Sabah, 'Kinabalu Blues' arahan pengarah filem layar perak yang tidak asing lagi di negara Malaysia iaitu En.Nasir Jani. Felix seolah-olah tidak mengenal erti penat dan lelah dalam mengembangkan karya seni beliau di mana sekembalinya beliau ke Kota Kinabalu dari sesi penggambaran untuk 3 siri drama ini yang telah bermula sejak awal tahun lagi, beliau pada baru-baru ini telah meluangkan masa seharian suntuk berada di dalam studio D'Sulap Entertainment untuk membimbing Velvet(Akademi Fantasia 4) dalam sesi rakaman sebuah lagu berbahasa Dusun terbaru ciptaan Felix Agus sendiri. Velvet telah mendapatkan khidmat Felix menulis sebuah lagu dalam bahasa Dusun untuknya yang bakal dijadikan 'single' terbaru beliau. Velvet yang telah mendirikan rumahtangga bersama vokalis band Estranged iaitu Rich, telah dikurniakan seorang cahaya mata dan telah menamatkan kontrak bersama Maestro Talent Sdn Bhd sejak tahun lepas. Setelah sekian lama menyepi, diharapkan 'single' terbaru beliau yang masih dalam proses pembikinan ini dapat mengubati kerinduan para peminat setia beliau di seluruh negara Malaysia setelah lagu ini selesai disiapkan kelak.




2 ulasan:

adiza berkata...

rindu maw dengar sora velvet n felix..
congrats velvet.. huhu

D'Sulap Entertainment berkata...

kita tunggu single terbaru dari velvet ini siap ok =)