18 November 2009

Nite Of Soul 'Sounds Of Acoustic'

Tarikh: 14 Nov 2009
Tempat: Airport Steakhouse Keningau

Konsert mini yang amat unik dan menghiburkan. Lagu-lagu yang disajikan disediakan dalam bentuk akustik. Artis-artis yang terlibat adalah seperti pemain gitar tersohor Sabah ,Roger Wang. Felix Agus, Reek A Down, Moses & Friends, Alvin Inifinatez, Jo-Anna Henley-Rampas & DJ Azlan.



Felix Agus yang menyanyikan lagu Aku Juga Iya & Akulah Laki Laki dalam versi akustik

Felix Agus & Roger Wang

DJ Azlan mengegarkan Airport Steakhouse!
Jass (Pengurus kepada Felix) sedang ditemuramah secara 'live' oleh DJ Jason Sabahan.FM


Jo-Anna bersama ibu beliau yang setia menemani
Gambar kenangan Felix Agus bersama Moses & Friends, Roger Wang, Jass Alvin dan Teddy

10 November 2009

Program Astro Kasih - Akademi Fantasia

Tarikh: 24 Oktober 2009
Tempat: Kg. Sri Tanjong, Panchor, Muar, Johor.

Program amal yang dianjurkan oleh Astro dan telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pagoh. Majlis gilang gemilang ini bertambah meriah dengan kehadiran artis-artis dan penyampai radio Sinar FM seperti Felix, Idayu, Akma, Haziq, Akim, Aril, Hafiz, Linda Onn, Raja Azura, Salleh Yakob dan banyak lagi. Para penonton yang terdiri daripada penduduk Kg. Sri Tanjong telah dihiburkan dengan persembahan secara langsung oleh artis-artis yang hadir. Apa yang lebih istimewa, Felix Agus berpeluang untuk bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan beliau semasa mengikuti program realiti tv Akademi Fantasia musim ke-3










Penggambaran Telemovie 'Kabus Di Balik Bayu'

Tarikh: 01 Oktober 2009 - 10 Oktober 2009
Lokasi: Sandakan - Kundasang, Sabah

Telemovie arahan Mr.Nursahar (Immortal Creative Sdn. Bhd.) seorang pengarah filem layar perak yang tidak asing lagi di kalangan pencinta perfileman tanahair. Telemovie yang menceritakan semula sejarah Gunung Kinabalu Sabah ini dibarisi pelakon-pelakon handal lama dan baru. Skrip telemovie ini ditulis oleh Zabidi Mohamed.

Sinopsis - mengenai Catherine seorang anak expatriate di Kuala Lumpur berasal dari Australia datang ke Sabah untuk menjejaki The Death March dimana datuknya seorang tentera Australia semasa WWII adalah antara 6 orang yang terselamat daripada 800 tentera Australia yang dipaksa tentera Jepun berjalan kaki sejauh 200 kilometer dari Sandakan ke sebuah penjara di Kundasang (Ranau). Namun ketika Catherine (Anjali Halimah Frances Gilong Avriett) berada di Kundasang kedatangannya yang dibawa oleh Fazil (Felix Agus) tidak di sukai oleh Sarimah (Nabila Dally - Pilih Kasih) yang anti barat. Sarimah anak tempatan Kadazan Dusun tidak setuju buku sejarah barat menulis Sir Hugh Low sebagai orang pertama menawan puncak Gunung Kinabalu. Pada Sarimah anak tempatan kadazan dusun Gunting Anak Lagadan yang menjadi tour guide kepada Sir Hugh Low adalah orang pertama yang menawan puncak Kinabalu. Catherine mempertahankan buku sejarah yang dibacanya. Sarimah yang bekerja sebagai tour guide di Kinabalu Park juga mendakwa orang yang pertama menawan puncak Everest adalah sherpa bernama Tenzin yang menemankan Sir Edmund Hillary mendaki puncak Everest. Sir Edmund Hillary dakwa Sarimah lagi telah membohongi sejarah dengan mendakwa dia yang pertama menawan puncak Everest. Tragedi berlaku apabila Sarimah mencabar Catherine mendaki puncak Kinabalu tanpa bantuan porter (sherpa).



Mr.Nursahar sedang memberi taklimat






Anjali Halimah Frances Gilong Avriett




22 Ogos 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Selamat Berpuasa

Warga D'Sulap Entertainment ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua penyokong dan pengunjung blog ini. Terima Kasih!

18 Ogos 2009

Next Event

*klik pada imej untuk paparan lebih besar

11 Ogos 2009

NOTIS: Tarikh Baru Mini Konsert Jelajah Promosi 'Aku Juga Iya' Felix Agus

Mini Konsert Jelajah Promosi 'Aku Juga Iya' Felix Agus Kota Marudu yang sepatutnya berlangsung pada 08 Ogos 2009 telah ditunda ke tarikh yang baru iaitu 26 SEPTEMBER 2009 8.30 MALAM di DEWAN MASYARAKAT KOTA MARUDU. Perubahan tarikh ini adalah disebabkan oleh wabak H1N1 yang telah menular ke daerah Kota Marudu baru-baru ini. Segala kesulitan adalah amat kami kesali dan tidak disengajakan. Harap maklum.

Hari Belia & Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia Keningau 2009

Tarikh: 01 Ogos 2009
Tempat: Dewan Arked Keningau dan Kompleks Sukan Keningau

Kedatangan Felix ke daerah Keningau baru-baru ini telah mencuri perhatian orang ramai di mana beliau telah hadir untuk menjadi penghibur dalam dua acara yang berasingan pada hari yang sama. Pada sebelah pagi Felix telah menghiburkan para penonton sempena Hari Belia Peringkat Negeri Sabah di dewan Kompleks Sukan Keningau dan pada sebelah malam pula beliau berada di Dewan Arked Keningau bersempena dengan Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia. Felix juga telah dijemput untuk menjadi pengadil dalam sebuah pertandingan menyanyi dalam acara ini.Para peminat yang hadir tidak melepaskan peluang untuk membeli album terbaru Felix 'Aku Juga Iya' dan bergambar bersama artis kesayangan mereka ini.








Lambai Limbai RTM

Tarikh: 30 Julai 2009
Tempat: Museum Kopitiam / UMS / 1Borneo Hypermall / Observatory Hill / Tg.Aru Beach

Bersempena dengan Festival Filem Malaysia Ke-22, di mana negeri Sabah telah dipilih sebagai tuan rumah pada tahun ini, Felix Agus telah diundang oleh pihak RTM Sabah untuk menjadi artis jemputan dalam rancangan Lambai Limbai. Sesi penggambaran yang bermula pada jam 10 pagi ini selesai pada jam 7 malam dan telah dihoskan oleh Sohbierah Ghulabdin. Penggambaran ini dibuat di beberapa buah tempat yang menarik di sekitar bandaraya Kota Kinabalu termasuk di luar perkarangan Dewan Canselor UMS iaitu tempat berlangsungnya Malam Anugerah FFM22. Rancangan ini telah ditayangkan di TV1 RTM sebelum berlangsungnya festival ini





10 Ogos 2009

Promosi Mini Konsert Kota Marudu

Tarikh dan Tempat: Kudat (28 Julai 2009) - Kota Marudu (02 Ogos 2009)

Acara yang dianjurkan sempena mempromosikan Mini Konsert Felix & Rakan-Rakan (Jelajah Promosi 'Aku Juga Iya') Kota Marudu Sabah yang akan di adakan pada 26 September 2009 nanti di Dewan Masyarakat Kota Marudu (tarikh baru). Artis yang turut hadir menceriakan acara ialah seperti JIAJA, Ridah, Buttak dan Oldnavy. Promosi mini konsert ini lebih menarik dengan acara sukaneka yang disertai oleh warga Kota Marudu yang berbilang bangsa, umur dan agama. Perlawanan persahabatan bola sepak diantara D'Sulap Entertainment dan Jabatan Kerajaan Kota Marudu turut mencuri perhatian orang ramai di mana Felix sendiri bermain mewakili pasukan D'Sulap. Mini Konsert yang sepatutnya diadakan pada 08 Ogos 2009 ini ditunda ke tarikh yang baru atas sebab penularan wabak H1n1 yang baru-baru telah merebak di daerah kecil ini.












Ekspo Desaneka

Tarikh: 24-26 Julai 2009
Tempat: Padang Bandaran Kota Kinabalu

Sempena Ekspo Desaneka yang dianjurkan Kementerian Perindustrian Negeri Sabah, D'Sulap Entertainment telah diberi peluang untuk mengadakan promosi album Felix 'Aku Juga Iya' dan mengadakan 'jamming session' bagi menghiburkan pengunjung gerai D'Sulap yang dibuka seawal jam 9 pagi sepanjang 3 hari berlangsungnya ekspo ini. Antara band yang hadir ialah JIAJA, W.O.R.M & Hide, Oldnavy dan penampilan istimewa dari Buttak seorang gitaris yang tidak asing lagi di negeri ini yang telah mempersembahkan 'solo maut' beliau bagi menyerikan acara di gerai tersebut.






15 Julai 2009

Anda Perlukan Khidmat Artis?

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan berurusan dengan artis-artis dalam dan luar negeri untuk dijadikan artis undangan/penghibur di dalam majlis-majlis anda. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini sila email butiran-butiran berikut;

(1) Type of event
(2) Event organizer
(3) Artist(s)
(4) Budget
(5) Number of song(s)
(6) Date, time & venue
(7) Special request (in addition)

Email kan butiran-butiran berikut ke alamat email jasstaring@yahoo.com.my

14 Julai 2009

Short-Movie (Trial) Shooting

Tarikh: 12 Julai 2009
Tempat: Nexus Resort Karambunai
Jururakam/Jurugambar/Krew/Artis yang terlibat: Lynch Chian, Jass, Cafu Toy, Felix Agus, C.T Goh, Ben James, Lydia Larius, Willikona Kung, Kolou Tan dan Lin Chung

Bertempat di sebuah hotel dan pusat peranginan yang dikenali di seluruh Malaysia dan tidak keterlaluan jika dikatakan dikenali di 'mata dunia', Nexus Resort Karambunai menjadi pilihan warga D'Sulap Entertainment untuk menjalankan sesi penggambaran percubaan ataupun 'trial shoot-out'. Walaupun tidak dirancang dengan teliti dari awal dan kelihatan seperti 'suka-suka' sahaja, namun sesi penggambaran ini menjadi platform kepada warga D'Sulap Entertainment untuk mengasah kemahiran masing-masing dalam bidang lakonan, rakaman, suntingan mahupun fotografi. Bergembira sambil belajar itulah motif sebenar pada kali ini. Cerita-cerita pendek yang telah dirakam pada hari tersebut akan ditayangkan di Youtube mengikut kesesuaian pada masa terdekat ini. Berikut merupakan serba sedikit gambar yang telah diambil pada hari tersebut...check it out! (*klik pada gambar untuk imej lebih besar)






















Kita sebagai rakyat Malaysia khususnya penduduk negeri Sabah harus berbangga kerana memiliki pusat peranginan berbintang 5 yang terkenal di peringkat dunia. Keindahan dan keunikan pusat peranginan Nexus, Karambunai ini sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi dan ianya telah merangkul beberapa anugerah pusat peranginan antarabangsa. Apa yang menyedihkan, pihak yang sepatutnya tidak mempromosikan tempat-tempat pelancongan dan menarik di negeri ini ke satu tahap yang lebih tinggi dan efektif agar tempat-tempat ini lebih dikenali di serata Malaysia mahupun dunia. Layari http://www.nexusresort.com/ untuk keterangan lanjut.

11 Julai 2009

Sukan Antara Jabatan Peringkat Negeri

Tarikh: 10 Julai 2009
Tempat: Stadium Tawau

'Majulah Sukan Untuk Negara', selaras dengan misi kerajaan untuk mewujudkan rakyat yang sihat, Sukan Antara Jabatan Peringkat Negeri tahun ini menyaksikan bandar Tawau sebagai tuan rumah. Bagi menyemarakkan lagi upacara perasmian dan penutupan majlis ini, Felix Agus telah tampil istimewa bagi menghiburkan para tetamu yang terdiri daripada kontinjen-kontinjen dari serata daerah yang telah penat berjuang di padang dan gelanggang hampir seminggu lamanya. Malam bertambah meriah apabila pertunjukkan bunga api menjadi penghias awan luas pada malam itu. Felix tampil menyanyikan lagu-lagu dari album terbaru beliau.








Felix melayan peminat kecilnya

09 Julai 2009

Karnival Muzik FM

Tarikh: 04 Julai 2009
Tempat: Stadium Likas Kota Kinabalu

Majlis yang gilang gemilang ini telah dibawakan oleh stesen radio Muzik FM menawarkan hiburan yang cukup bernilai buat yang hadir pada malam itu. Penonton kecoh sejenak apabila bekalan elektrik terputus dan seluruh pentas utama menjadi gelap gelita. Namun kecekapan juruteknik pada malam itu telah menyelamatkan keadaan. Felix menjadi pembuka tirai konsert pada malam itu yang disaksikan lebih 1000 orang penonton. Bermula seawal jam 8.30 malam, Felix tampil dengan lagu dari album terbaru beliau iaitu lagu yang bertajuk 'Aku Juga Iya'. Lagu kedua Felix merupakan album duet Ari Lasso dan Bunga Cinta Lestari. Lagu ini dinyanyikan beliau bersama Marsha Milan Londoh. Artis yang hadir pada malam itu termasuklah Azharina Azhar, Aizat, Mus May dan Faizal Tahir. Acara ini dianjurkan sempena mempromosikan stesen radio Muzik FM.



News Update!

Syarikat kini dalam rangka penyiapan album terbaru milik seorang lagi artis rakaman D'Sulap Entertainment. Album ini akan dilancarkan dalam masa yang akan diumumkan kelak. Bagi mereka yang masih belum memiliki album terbaru Felix Agus 'Aku Juga Iya', diharap dapat bersabar kerana pihak syarikat sedang berada dalam proses mencetak semula album ini dan dijangka akan menemui semula peminat dalam masa terdekat. Jelajah promosi album 'Aku Juga Iya' diteruskan dan kali ini berada di Kota Marudu Sabah pada 08 Ogos 2009. Pihak syarikat juga merancang untuk menjual album ini secara 'online'. Segala maklumat terbaru akan diumumkan dari masa ke semasa..terima kasih atas sokongan padu anda semua!

Cabutan Simpanan Premium BSN

Tarikh: 27 Jun 2009
Tempat: City Parade Kota Kinabalu

Bersempena dengan majlis Cabutan Simpanan Premium BSN pada sabtu lalu, Felix Agus telah dijemput hadir ke City Parade KK untuk menjadi salah satu juadah hiburan pada petang yang gilang gemilang itu. Antara artis lain yang hadir ialah penyanyi tempatan baru iaitu Wiwie Daunah dan pengacara undangan yang tidak asing lagi iaitu DJ Othoe SuriaFM. Selain melakukan persembahan, artis yang hadir pada petang itu turut mempromosikan album masing-masing di gerai yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Gerai D'Sulap Entertainment yang diletakkan bersebelahan dengan gerai Dj Othoe dan gerai Sabahan.FM dibanjiri peminat yang hadir untuk membeli album dan bergambar dengan artis kesayangan masing-masing. Turut hadir memeriahkan gerai D'Sulap Entertainment ialah rakan artis Felix Agus iaitu Nazri dari band Jiaja.







Felix bergambar bersama Nazri Jiaja dan krew Sabahan.Fm

Felix Agus, D'Sulap Entertainment Kaamatan Open House 2009

Tarikh: 13 Jun 2009
Tempat: Rumah kediaman Felix Agus

Sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga besar Felix Agus untuk mengadakan rumah terbuka sempena Pesta Kaamatan yang berlangsung setiap tahun. Apa yang istimewa pada tahun 2009 ini ialah Felix telah bernaung dibawah syarikat sendiri dan telah melancarkan album terbaru beliau yang bertajuk 'Aku Juga Iya'. Jemputan yang hadir setiap tahun adalah dikalangan ahli keluarga besar Felix Agus dan kawan-kawan. Tetamu pada tahun ini bertambah ramai dengan kehadiran kawan-kawan dari 'keluarga' D'Sulap Entertainment dan dianggarkan jumlah yang hadir pada petang itu ialah lebih dari 1500 orang.


Keluarga D'Sulap Entertainment menjamu minuman tradisional yang disajikan pada petang itu



Raphael Pinus (saudara kepada Felix) yang popular dengan lagu 'Sayang Bah Itu Masa' yang selalu dimainkan di stesen radio Suria.FM turut hadir menyerikan majlis

09 Jun 2009

Rumah Terbuka Kaamatan dan Penutupan Pesta Kaamatan 2009

Bertempat di Padang Bandaran Kota Kinabalu, 07 Jun 2009 yang lalu, bersempena dengan Rumah Terbuka Kaamatan dan Penutupan Pesta Kaamatan 2009, Felix Agus telah dijemput sebagai "Tuan Rumah" sekaligus sebagai artis utama untuk memeriahkan majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan ALam Sekitar Negeri Sabah pada petang yang gilang gemilang itu. Turut hadir pada petang itu ialah artis dan pelakon-pelakon terkemuka 'layar perak' tanah air dan beberapa lagi artis tempatan. Meskipun Pesta Kaamatan merupakan perayaan bagi suku kaum Kadazan Dusun di negeri Sabah, orang ramai yang hadir pada petang itu terdiri daripada semua lapisan masyarakat Sabah yang berbilang kaum. Senario ini amat membanggakan dan menerima banyak pujian dari pelancong-pelancong dari luar negara yang datang sendiri untuk menyaksikan upacara pada petang itu. Semoga negara Malaysia terus aman dan makmur agar kita dapat bertemu kembali di Pesta Kaamatan tahun hadapan!
Felix bergambar bersama barisan Unduk Ngadau Sabah dari tahun-tahun yang sudah berlalu, iaitu Mandy Nandu (UN 2005), Appey Rowena (UN 2009), Devenna Jaikob (UN 2006, Miss Sabah Malaysia World 2008), Sesatre Silsila pemain flute yang telah melakukan persembahan istimewa pada petang itu bersama sahabatnya Kham Cheng (tiada dalam gambar di atas), seorang pemain Erhu terkenal.





Acara pada petang itu dihangatkan lagi dengan kehadiran artis, pemuzik, pemenang unduk ngadau dan komposer terkemuka seperti Felix Agus (penyanyi/pelakon), Clarice J. Matha (penyanyi/pelakon), Ebby Yus (pelakon/pelawak), Sathiya (pelakon/pelawak), Pak Ngah (komposer), Sesatre Silsila (pemain flute terkemuka), Kham Cheng (pemain Erhu terkenal), Donald Untavid (penyanyi), Koboi Sabah (pelakon/pelawak), kumpulan pemuzik dan penari professional dari Lembaga Kebudayaan Sabah dan pemenang Unduk Ngadau tahun-tahun sebelumnya.

02 Jun 2009

Pelancaran Album Felix 'Aku Juga Iya'

waPelancaran album kedua Felix Agus iaitu 'Aku Juga Iya' telah berlangsung di Courtyard Hotel Elusion Lounge 1Borneo pada 30 Mei 2009 lepas. Album terbaru beliau ini telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah. Dianggarkan seramai 150 orang telah hadir untuk menyaksikan hari bersejarah buat Felix dan warga D'Sulap Entertainment ini dan mereka yang hadir terdiri daripada kawan, keluarga, selebriti, pemuzik, wartawan, blogger dan liputan khas secara langsung dari Sabahan.FM. Terima kasih diucapkan buat penaja utama majlis ini iaitu Cahaya Bintang Production, co-event organizer Cado Creatives Events & Productions, pihak Elusion Lounge, majalah rasmi Karangkraf Media Hiburan dan kepada semua yang telah hadir pada petang itu. Harapan kami agar majlis seumpama ini bukanlah yang pertama dan terakhir untuk kita semua bersua kembali.


Ketibaan Datuk Masidi disambut oleh pengarah CCEP

Ucapan alu-aluan dari wakil D'Sulap Entertainment, En.Cafu Toy



Pelancaran secara rasmi yang dilakukan oleh Yang Berbahagia


Para jemputan menjamu selera

Sesi temuramah dengan para wartawan dan blogger

'Kejutan buat Felix', kehadiran Marsha selaku wakil kepada semua bekas pelajar Akademi Fantasia 3 pada petang itu diatur oleh pihak D'Sulap tanpa pengetahuan Felix
Acara memotong kek sempena harijadi Felix yang ke-27
Liputan eksklusif secara langsung oleh DJ dari stesen radio 'online' tempatan Sabahan.FM
Wakil dari band Papier Mache
Band JIAJA turut hadir menyerikan majlis
Penaja dandanan dan solekan Felix pada petang itu dari En.Palas, Real X Saloon, Kompleks Asia City, Kota Kinabalu
Krew dan DJ Sabahan.FM

Tunjang utama D'Sulap Entertainment



Warga D'Sulap Entertainment

Jelajah Promosi KDCA

Sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah pada 30 dan 31 Mei 2009 yang lalu, bertempat di perkarangan Hongkod Koisaan KDCA, jentera promosi D'Sulap Entertainment sekali lagi 'turun padang' untuk mempromosikan album terbaru dari Felix Agus. Apa yang lebih menarik, sesi 'jamming' juga telah dipersembahkan kepada semua pengunjung gerai D'Sulap Entertainment dan gerai DJ Othoe Suria FM (bersebelahan). Sesi 'jamming' ini dihangatkan lagi dengan kehadiran Felix Agus sendiri, krew-krew D'Sulap, band JIAJA, vokalis kumpulan Kimara dan pengacara majlis yang tidak asing lagi iaitu DJ Othoe dari Suria FM.







29 Mei 2009

News Update! (29 Mei 2009)


Album Felix Agus yang kedua berjudul 'Aku Juga Iya' akan dilancarkan secara rasmi oleh YB Datuk Masidi Manjun ,Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, esok 30 Mei 2009, jam 7 malam bertempat di Courtyard Hotel Elusion Bar & Lounge 6th Floor, 1Borneo Shopping Mall Kota Kinabalu, Sabah. Turut dijemput hadir ialah para wartawan dari kebanyakan syarikat media cetak dan hiburan Malaysia,para bloogers, dan pengiat seni muzik tempatan. Majlis ini dianjurkan oleh D'Sulap Entertainment dan CCEP, ditaja oleh Cahaya Bintang Production dan majalah rasmi bagi acara ini ialah Media Hiburan. Kehadiran anda bakal menjadi saksi kelahiran satu lagi karya seni dari negeri Sabah.

19 Mei 2009

News Update!

Felix Agus dan jentera promosi D'Sulap Entertainment akan berada di tempat dan tarikh berikut. Penjualan album dengan harga promosi juga akan dijalankan. Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk membeli album terbaru Felix Agus sila datang ke tempat-tempat berikut;

Acara : Gala Nite (Sempena Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Ranau)
Tempat : 1Borneo Kota Kinabalu
Tarikh : 21 Mei 2009
Masa : Malam (belum mendapat masa rasmi dari penganjur)

Acara : Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Ranau
Tempat : Dewan Masyarakat Ranau
Tarikh : 23 Mei 2009
Masa : Siang (belum mendapat masa rasmi dari penganjur)

Acara : Program PUSPANITA Kota Belud
Tempat : Dewan Masyarakat Kota Belud
Tarikh : 23 Mei 2009
Masa : Malam (belum mendapat masa rasmi dari penganjur)

Acara : Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah
Tempat : Hongkod Koisaan KDCA
Tarikh : 21 - 31 Mei 2009
Masa : 10 pagi - 4 petang

Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Belud

Sebagai susulan bagi jelajah promosi album "Aku Juga Iya" Felix Agus, jentera promosi D'Sulap Entertainment sekali lagi telah mengadakan jualan album ini dengan harga promosi di Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Belud. Hari tersebut juga menyaksikan Felix Agus tampil untuk mempromosikan sendiri album terbarunya ini selain menghiburkan para penonton dengan menyanyikan dua buah lagu. Mempromosikan album di daerah kelahiran beliau ini amat mendapat sambutan dari orang ramai dengan pihak D'Sulap Entertainment berjaya mendapat kutipan jualan melebihi jangkaan. Walaupun keadaan cuaca dan keadaan kesihatan Felix kurang mengizinkan, ianya tidak menghambarkan suasana pada petang itu. Terima kasih buat semua yang hadir dan membeli album kedua Felix Agus...Hidup Orang Kita!!



KREW D'SULAP ENTERTAINMENT MEMANTAU KEADAAN KAIN RENTANG YANG DIPASANG BERSEMPENA DENGAN JELAJAH PROMOSI INI








FELIX MENYANYIKAN LAGU 'AKU SEMUT MERAH', PARA V.I.P DAN PENONTON MENARI BERSAMA TANPA MENGIRA KAUM, AGAMA DAN PANGKAT. SEMUANYA BERFIKIRAN TERBUKA DAN TIDAK MELEPASKAN PELUANG UNTUK BERGEMBIRA PADA PETANG ITU



14 Mei 2009

Album Promotion & Kaamatan Show

Tempat dan tarikh: Kaamatan KKIP (09 Mei 2009) / Kaamatan Peringkat Daerah Keningau

Seperti yang kita ketahui sebelum ini, Felix Agus telah dijemput sebagai artis penghibur bagi acara sambutan Pesta Kaamatan KKIP dan Peringkat Daerah Keningau. Selain dijemput sebagai penghibur pada hari tersebut, Felix tidak ketinggalan untuk mempromosikan album terbaru beliau dan berjumpa sendiri dengan peminat-peminat beliau yang telah lama tertanya-tanya kemanakah menghilangnya artis kesayangan mereka ini. Sambutan terhadap penjualan album terbaru beliau yang dijual pada harga promosi sempena bulan Kaamatan iaitu cuma RM 25 sahaja amat memberangsangkan. Penjualan album terbaru beliau di bandar dan daerah lain akan diumumkan dari masa kesemasa.



GAMBAR DI ATAS : KAAMATAN KKIP






GAMBAR DI ATAS : KAAMATAN PERINGKAT DAERAH KENINGAU

07 Mei 2009

News Update!

Felix Agus akan berada di KKIP (blok kedai baru bersebelahan Politeknik Kota Kinabalu) pada 09 Mei 2009 jam 3 petang sebagai artis undangan sempena Pesta Kaamatan KKIP 2009. Pada masa yang sama pihak D'Sulap Entertainment akan mengadakan penjualan album terbaru Felix Agus bermula 08 Mei 2009 (Jumaat) hingga hari berikutnya. Pada 10 Mei 2009 pula bertempat di Kompleks Sukan Keningau, sempena Pesta Kaamatan Keningau 2009, penjualan album kedua Felix Agus akan turut dijalankan dan Felix sendiri akan hadir mempromosikan album terbaru beliau ini. Harga album ini sempena bulan Kaamatan cuma RM25.00 sahaja (harga pasaran pada masa akan datang ialah RM27.90). Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk hadir ke tempat-tempat yang dinyatakan ini untuk membeli cd yang original album kedua Felix Agus dan berjumpa sendiri dengan beliau. Jumpa di sana!

KKIP - 08 hingga 09 Mei 2009
Keningau - 10 Mei 2009

Pesta Kaamatan Klang Valley

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Felix Agus telah hadir ke Pesta Kaamatan Klang Valley (PKKV) yang berlangsung pada 02 Mei 2009 sebagai artis undangan untuk menghiburkan tetamu yang hadir pada petang itu. PPKV pada tahun ini berlangsung di Dewan Tun Hussien Onn PWTC telah dirasmikan oleh Huguan Siou YB Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan. Orang ramai yang hadir pada hari itu terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Apa yang mengecewakan, bilangan orang ramai yang hadir pada tahun ini amat kurang berbanding tahun-tahun yang lepas. Namun begitu, sambutan orang ramai terhadap penjualan album terbaru Felix Agus adalah amat memberangsangkan dan diluar jangkaan. Pihak D'Sulap Entertainment telah memilih PKKV 2009 sebagai lokasi sulung penjualan album kedua Felix Agus. Terima kasih diucapkan pada mereka yang telah hadir dan membeli album terbaru Felix Agus ini

Sebahagian dari hadirin yang tidak melepaskan peluang membeli album Felix Agus dan bergambar dengan artis kesayangan mereka

Disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, kualiti gambar-gambar yang diambil pada hari tersebut tidak memuaskan. Harap maklum.

29 April 2009

Pesta Kaamatan & Penjualan Album

Pada 02 Mei 2009 bertempat di Dewan PWTC Kuala Lumpur, Felix Agus akan menemui peminat-peminat beliau yang berada di semenanjung Malaysia kerana beliau telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Pesta Kaamatan 2009. Apa yang lebih istimewa, beliau buat julung kalinya akan memulakan penjualan album beliau pada hari tersebut dengan harga promosi RM25.00 seunit. Bagi peminat-peminat beliau yang berada di semenanjung Malaysia, jangan ketinggalan untuk hadir dan membeli album ke-2 beliau yang dijual dalam kuantiti yang terhad ini....siapa cepat dia dapat!

Album Ke-2 Felix Agus


Masa yang dinanti-nantikan oleh pelbagai pihak. Akhirnya Felix Agus akan melancarkan album Ke-2 beliau. Album yang diberi tajuk 'Aku Juga Iya' ini akan akan menemui peminat bermula pada 02 Mei 2009 ini. Sebahagian daripada lagu di dalam album kedua beliau ini sudah dimainkan dikebanyakan stesen-stesen radio. Album beliau ini akan dijual secara 'Tour Sabah' dan pastikan anda beli yang original apabila album ini dijual di tempat anda. Semoga album beliau ini disambut dengan positif dan disokong oleh semua peminat-peminat beliau di Sabah mahupun di seluruh Malaysia. Album ini didatangkan dengan sekeping CD-Audio 8 trek lagu dan sekeping VCD video klip 'Aku Juga Iya', Koleksi Gambar-Gambar Felix dan Di Sebalik Tabir Pembikinan Video Klip 'Aku Juga Iya'. Album yang sesuai dijadikan koleksi peribadi istimewa ini bakal dijual dengan harga RM 27.90 seunit. Segala pertanyaan mengenai album ini boleh dilakukan melalui blog ini. Klik pada imej untuk paparan lebih berkualiti.

+ segala maklumat yang diberikan boleh diubah oleh pihak admin pada bila-bila masa tanpa notis

Album Cover Photoshoot Part. 3

Final photoshoot for Felix's upcoming album.

Date & Time: 11 April 2009 @ 8p.m - 11p.m
Venue: KK Time Square
Photographer & Crew: C.T Goh, Lynch Chian, Cafu Toy & Ben James



Birthday & Photoshoot

Pada 4&5 March lalu, bertempat di pusat peranginan Melangkap Kota Belud, warga D'Sulap Entertainment lari dari kesibukkan tugas harian dan mengambil peluang berkelah di sebuah pusat peranginan yang tidak asing lagi di daerah Kota Belud iaitu Sungai Melangkap. Acara ini juga sempena menyambut hari ulang tahun 3 orang warga atau lebih tepat tunjang utama D'Sulap Entertainment yang kesemuanya lahir pada bulan April. Mereka yang dimaksudkan ialah Jass (02 April), Felix Agus (03 April) dan Lynch Chian (07 April). Disebabkan keadaan cuaca yang baik, pihak D'Sulap Entertainment tidak melepaskan peluang untuk mengadakan sesi fotografi untuk dimuatkan dalam album kedua Felix Agus. Lebih dari 15 orang hadir dan terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.





Carta Artis Sabah 2009

As stated before, Jass the sound engineer and operation manager of D'Sulap Entertainment selected as one of the finalist for the 'Anugerah Carta Artis Sabah (CATS) 2009'. Despite getting none of the nomination, the community of D'Sulap Entertainment gained a wonderful experiance and had a good time together.



Album Cover Photoshot Part. 2

Date: 19 March 2009
Time: 5 a.m - 7 a.m
Venue: Army Post Kg.Tengkurus
Photographer & Crew: C.T Goh, Lynch Chian & Ben James

Above image shows some of the behind the scene action during the Felix's album cover photoshoot that taking part in breathtaking scenic Army Post at Kg.Tengkurus...enjoy!







16 Mac 2009

Isuzu Fest Miri Sarawak (14 March 2009)

Festival Isuzu yang diadakan sempena mempromosikan kenderaan-kenderaan bermotor keluaran Isuzu. Turut hadir untuk memeriahkan majlis ini ialah Bob AF2 dan beberapa artis berbangsa Cina dari Miri dan Kuala Lumpur.




Sesi autograph dan bergambar bersama peminat



The Beginning 2009 Concert (13 March 2009)

Konsert bertiket pertama di Kota Kinabalu untuk tahun 2009. Konsert yang bermula jam 7.30 petang ini menampilkan artis-artis dari Sabah seperti Stacy AF6 (2 lagu), Felix Agus (2 lagu), Lotter & The Divine Master (4 lagu) dan beberapa lagi artis tempatan Sabah. Disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, kami hanya dapat memaparkan gambar-gambar yang diambil semasa soundcheck dan backstage sahaja



The Divine Master's



Jass & para pemain muzik untuk konsert ini

'Sahabat baik' Felix & Lotter

12 Mac 2009

Carta Artis Sabah

Single Jass yang bertajuk 'Berikanlah' telah menjadi finalis untuk carta artis Sabah yang akan berlangsung di 1Borneo Kota Kinabalu pada 28 March 2008 ini. Untuk mengundi lagu beliau taipkan CATS (jarak) JASS dan hantar ke 32776 . Sokongan anda semua amat kami perlukan, terima kasih!

10 Mac 2009

News Update

The community of D'Sulap Entertainment will attend the concert organize by D'Angels & Suria FM on 13 March 2009(Friday) at KDCA Hall. Felix Agus and Stacy AF6 will perform a few songs. Catch u all there!

03 Mac 2009

Album Cover Photoshoot Part. 1

Date : 14 Feb 2009
Venue : Kg.Kibabaig, Penampang
Photographer : C.T Goh

The following pictures show some of the 'behind the scenes' action. This is the 1st stage of the album cover photoshoot for Felix Agus upcoming album, 'Aku Juga Iya'. The event taking part in Marc's house yard with a scenic sunset background.

One of the best picture taken by C.T Goh (unfinalized product)












11 Februari 2009

Single Jass

Single 'Berikanlah' oleh Jass yang juga merupakan artis rakaman/jurutera muzik D'Sulap Entertainment. Turut berkumandang di corong-corong radio dan telah menjadi finalis untuk Carta Artis Sabah (CATS) yang akan berlangsung pada 28 Mac 2009 di 1Borneo Kota Kinabalu. Album penuh beliau juga dijangka siap sepenuhnya tahun ini.



*klik gambar untuk kualiti paparan yang lebih baik

Album Ke-2 Felix Agus

Felix Agus yang telah menamatkan kontrak 3 tahun bersama Maestro Talent Sdn. Bhd. pada bulan september tahun lepas kini dalam rangka menyiapkan album kedua beliau. Album bertajuk 'Aku Juga Iya' yang telah 60% siap ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mei tahun ini juga. Album ini merupakan produk D'Sulap Entertainment dan bakal hit dengan lagu 'Aku Juga Iya' yang mana single terbaru ini telah dimainkan di stesen-stesen radio sejak penghujung tahun lepas. (Gambar: Lirik lagu 'Aku Juga Iya' - Klik untuk kualiti gambar lebih baik)

Photoshoot Videoclip



D'Sulap Entertainment telah mengadakan sesi penggambaran klip video untuk single Felix Agus yang terbaru iaitu 'Aku Juga Iya'. Sesi pengambaran yang mengambil masa lebih kurang seminggu ini menjadikan tempat-tempat yang menarik di sekitar negeri Sabah sebagai lokasi penggambaran. Klip video ini sedang dalam proses suntingan dan tarikh untuk dilancarkan belum ditetapkan.


Pihak dan model yang terlibat dalam pembikinan klip video ini
(Dari kiri: C.T Goh, Lynch Chian, Madona Nandu, Jass, Felix Agus, Ben James, Cafu Toy & Lester Goh)

Aktiviti Tahun 2008

Gambar-gambar di bawah merupakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak D'Sulap Entertainment sepanjang tahun 2008.

Beluran FunFair Carnival Concert & Photoshoot





Rumah Terbuka Hari Raya Jass D'Sulap Entertainment



Felix Agus dan Ebi AF5 turut hadir memeriahkan acara



Beginilah kehidupan warga D'Sulap Entertainment yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Bajau, Cina, Dusun, dan India sekaligus mencerminkan gaya hidup masyarakat tempatan negeri Sabah yang aman damai. Meskipun berbilang kaum, kemeriahan sambutan Hari Raya tetap dikongsi bersama.

Anugerah Huguan Siou













Lawatan Warga D'Sulap Ke Hong Kong





Konsert Akustik D'Sulap Entertainment









Konsert berkonsep 'akustik' yang jarang sekali diadakan di negeri Sabah dan julung kali dipersembahkan kepada pencinta muzik tanahair di Tawau. Konsert yang bertemakan 'Relax dan Santai' ini telah menerima banyak pujian daripada orang ramai yang hadir kerana konsert ini memberikan kepuasan dari segi bilangan lagu yang dipersembahkan di mana pihak D'Sulap Entertainment telah menyediakan 19 buah lagu yang dinyanyikan oleh 5 orang artis.











Sidang akhbar untuk mempromosikan Konsert Akustik Tawau yang diadakan di Tg.Aru. Terima kasih diucapkan kepada rakan media yang telah hadir membuat liputan.