09 Jun 2009

Rumah Terbuka Kaamatan dan Penutupan Pesta Kaamatan 2009

Bertempat di Padang Bandaran Kota Kinabalu, 07 Jun 2009 yang lalu, bersempena dengan Rumah Terbuka Kaamatan dan Penutupan Pesta Kaamatan 2009, Felix Agus telah dijemput sebagai "Tuan Rumah" sekaligus sebagai artis utama untuk memeriahkan majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan ALam Sekitar Negeri Sabah pada petang yang gilang gemilang itu. Turut hadir pada petang itu ialah artis dan pelakon-pelakon terkemuka 'layar perak' tanah air dan beberapa lagi artis tempatan. Meskipun Pesta Kaamatan merupakan perayaan bagi suku kaum Kadazan Dusun di negeri Sabah, orang ramai yang hadir pada petang itu terdiri daripada semua lapisan masyarakat Sabah yang berbilang kaum. Senario ini amat membanggakan dan menerima banyak pujian dari pelancong-pelancong dari luar negara yang datang sendiri untuk menyaksikan upacara pada petang itu. Semoga negara Malaysia terus aman dan makmur agar kita dapat bertemu kembali di Pesta Kaamatan tahun hadapan!
Felix bergambar bersama barisan Unduk Ngadau Sabah dari tahun-tahun yang sudah berlalu, iaitu Mandy Nandu (UN 2005), Appey Rowena (UN 2009), Devenna Jaikob (UN 2006, Miss Sabah Malaysia World 2008), Sesatre Silsila pemain flute yang telah melakukan persembahan istimewa pada petang itu bersama sahabatnya Kham Cheng (tiada dalam gambar di atas), seorang pemain Erhu terkenal.





Acara pada petang itu dihangatkan lagi dengan kehadiran artis, pemuzik, pemenang unduk ngadau dan komposer terkemuka seperti Felix Agus (penyanyi/pelakon), Clarice J. Matha (penyanyi/pelakon), Ebby Yus (pelakon/pelawak), Sathiya (pelakon/pelawak), Pak Ngah (komposer), Sesatre Silsila (pemain flute terkemuka), Kham Cheng (pemain Erhu terkenal), Donald Untavid (penyanyi), Koboi Sabah (pelakon/pelawak), kumpulan pemuzik dan penari professional dari Lembaga Kebudayaan Sabah dan pemenang Unduk Ngadau tahun-tahun sebelumnya.

Tiada ulasan: