skip to main | skip to sidebar
D'Sulap Entertainment

07 Mei 2009

Pesta Kaamatan Klang Valley

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Felix Agus telah hadir ke Pesta Kaamatan Klang Valley (PKKV) yang berlangsung pada 02 Mei 2009 sebagai artis undangan untuk menghiburkan tetamu yang hadir pada petang itu. PPKV pada tahun ini berlangsung di Dewan Tun Hussien Onn PWTC telah dirasmikan oleh Huguan Siou YB Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan. Orang ramai yang hadir pada hari itu terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Apa yang mengecewakan, bilangan orang ramai yang hadir pada tahun ini amat kurang berbanding tahun-tahun yang lepas. Namun begitu, sambutan orang ramai terhadap penjualan album terbaru Felix Agus adalah amat memberangsangkan dan diluar jangkaan. Pihak D'Sulap Entertainment telah memilih PKKV 2009 sebagai lokasi sulung penjualan album kedua Felix Agus. Terima kasih diucapkan pada mereka yang telah hadir dan membeli album terbaru Felix Agus ini

Sebahagian dari hadirin yang tidak melepaskan peluang membeli album Felix Agus dan bergambar dengan artis kesayangan mereka

Disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, kualiti gambar-gambar yang diambil pada hari tersebut tidak memuaskan. Harap maklum.
Posted by D'Sulap Entertainment at 5/07/2009 01:06:00 PTG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

You Are The:

free counter Visitors Since March, 5th 2009

Company Profile

D'Sulap Entertainment
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh 4 orang sahabat berlainan bangsa yang kesemuanya berasal dari daerah Kota Belud iaitu Lynch Chian,Jass,Felix Agus & Cafu Toy. Syarikat ini pada mulanya diasaskan oleh Lynch Chian,Jass dan Cafu Toy yang meminati muzik sejak berada di bangku sekolah lagi, di mana mereka bertiga belajar di sekolah yang sama iaitu Smk Arshad Kota Belud. Pertemuan di sebuah pusat hiburan (Kota Kinabalu) pada bulan oktober tahun 2007 merupakan detik-detik pertama Felix Agus mengenali 3 sahabat ini sekaligus membawa kepada penyertaan beliau sebagai rakan kongsi kepada syarikat D'Sulap Entertainment sejurus selepas beliau menghabiskan kontrak dengan syarikat rakaman beliau awal bulan september tahun 2008. Syarikat yang berasaskan 'brotherhood' ini menyimpan visi ingin memartabatkan dan menaikkan muzik dari negeri Sabah yang sering diperlekehkan oleh masyarakat luar. THE MUSIC WAVE ARMY....... Postal address: House 38, Lot 21, Lorong Angsa 7, Taman Winner, Jalan Kolam Luyang, 88300, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Contact us at: 016-8011517 (Jass) 014-6516557 (Ben James)
Lihat profil lengkap saya

Dengar Lagu Felix Agus

Dengar Lagu Felix Agus
© Channel V Music Networks Limited Partnership 2006 - 2008

Felix Fans Profile

Felix Fans Profile
*KLIK PADA IMEJ

Link - Link - Link - Link

  • Facebook - D'Sulap Entertainment
  • Facebook - Felix Agus
  • Friendster - Felix Agus

Drop Your Comment Here

Recent Visitors



Pengikut

Langgan Blog Ini

Catatan
Atom
Catatan
Ulasan
Atom
Ulasan

Arkib Blog

  • ►  2010 (1)
    • ►  Februari (1)
  • ▼  2009 (48)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (3)
    • ▼  Mei (6)
      • News Update! (29 Mei 2009)
      • News Update!
      • Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Belud
      • Album Promotion & Kaamatan Show
      • News Update!
      • Pesta Kaamatan Klang Valley
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (9)