Tarikh: 01 Oktober 2009 - 10 Oktober 2009
Lokasi: Sandakan - Kundasang, Sabah
Telemovie arahan Mr.Nursahar (Immortal Creative Sdn. Bhd.) seorang pengarah filem layar perak yang tidak asing lagi di kalangan pencinta perfileman tanahair. Telemovie yang menceritakan semula sejarah Gunung Kinabalu Sabah ini dibarisi pelakon-pelakon handal lama dan baru. Skrip telemovie ini ditulis oleh Zabidi Mohamed.
Sinopsis - mengenai
Catherine seorang anak expatriate di Kuala Lumpur berasal dari Australia datang ke Sabah untuk menjejaki The Death March dimana datuknya seorang tentera Australia semasa WWII adalah antara 6 orang yang terselamat daripada 800 tentera Australia yang dipaksa tentera Jepun berjalan kaki sejauh 200 kilometer dari Sandakan ke sebuah penjara di Kundasang (Ranau). Namun ketika
Catherine (Anjali Halimah Frances Gilong Avriett) berada di Kundasang kedatangannya yang dibawa oleh
Fazil (Felix Agus) tidak di sukai oleh
Sarimah (Nabila Dally - Pilih Kasih) yang anti barat. Sarimah anak tempatan
Kadazan Dusun tidak setuju buku sejarah barat menulis
Sir Hugh Low sebagai orang pertama menawan puncak Gunung Kinabalu. Pada Sarimah anak tempatan kadazan dusun
Gunting Anak Lagadan yang menjadi
tour guide kepada Sir Hugh Low adalah orang pertama yang menawan puncak Kinabalu. Catherine mempertahankan buku sejarah yang dibacanya. Sarimah yang bekerja sebagai
tour guide di
Kinabalu Park juga mendakwa orang yang pertama menawan puncak
Everest adalah sherpa bernama
Tenzin yang menemankan
Sir Edmund Hillary mendaki puncak Everest. Sir Edmund Hillary dakwa Sarimah lagi telah membohongi sejarah dengan mendakwa dia yang pertama menawan puncak Everest. Tragedi berlaku apabila Sarimah mencabar Catherine mendaki puncak Kinabalu tanpa bantuan porter (sherpa).


Mr.Nursahar sedang memberi taklimat





Anjali Halimah Frances Gilong Avriett


