Warga D'Sulap Entertainment ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua penyokong dan pengunjung blog ini. Terima Kasih!
Mini Konsert Jelajah Promosi 'Aku Juga Iya' Felix Agus Kota Marudu yang sepatutnya berlangsung pada 08 Ogos 2009 telah ditunda ke tarikh yang baru iaitu 26 SEPTEMBER 2009 8.30 MALAM di DEWAN MASYARAKAT KOTA MARUDU. Perubahan tarikh ini adalah disebabkan oleh wabak H1N1 yang telah menular ke daerah Kota Marudu baru-baru ini. Segala kesulitan adalah amat kami kesali dan tidak disengajakan. Harap maklum.
Tarikh: 01 Ogos 2009 Tempat: Dewan Arked Keningau dan Kompleks Sukan Keningau
Kedatangan Felix ke daerah Keningau baru-baru ini telah mencuri perhatian orang ramai di mana beliau telah hadir untuk menjadi penghibur dalam dua acara yang berasingan pada hari yang sama. Pada sebelah pagi Felix telah menghiburkan para penonton sempena Hari Belia Peringkat Negeri Sabah di dewan Kompleks Sukan Keningau dan pada sebelah malam pula beliau berada di Dewan Arked Keningau bersempena dengan Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia. Felix juga telah dijemput untuk menjadi pengadil dalam sebuah pertandingan menyanyi dalam acara ini.Para peminat yang hadir tidak melepaskan peluang untuk membeli album terbaru Felix 'Aku Juga Iya' dan bergambar bersama artis kesayangan mereka ini.
Tarikh: 30 Julai 2009 Tempat: Museum Kopitiam / UMS / 1Borneo Hypermall / Observatory Hill / Tg.Aru Beach
Bersempena dengan Festival Filem Malaysia Ke-22, di mana negeri Sabah telah dipilih sebagai tuan rumah pada tahun ini, Felix Agus telah diundang oleh pihak RTM Sabah untuk menjadi artis jemputan dalam rancangan Lambai Limbai. Sesi penggambaran yang bermula pada jam 10 pagi ini selesai pada jam 7 malam dan telah dihoskan oleh Sohbierah Ghulabdin. Penggambaran ini dibuat di beberapa buah tempat yang menarik di sekitar bandaraya Kota Kinabalu termasuk di luar perkarangan Dewan Canselor UMS iaitu tempat berlangsungnya Malam Anugerah FFM22. Rancangan ini telah ditayangkan di TV1 RTM sebelum berlangsungnya festival ini
Tarikh dan Tempat: Kudat (28 Julai 2009) - Kota Marudu (02 Ogos 2009)
Acara yang dianjurkan sempena mempromosikan Mini Konsert Felix & Rakan-Rakan (Jelajah Promosi 'Aku Juga Iya') Kota Marudu Sabah yang akan di adakan pada 26 September 2009 nanti di Dewan Masyarakat Kota Marudu (tarikh baru). Artis yang turut hadir menceriakan acara ialah seperti JIAJA, Ridah, Buttak dan Oldnavy. Promosi mini konsert ini lebih menarik dengan acara sukaneka yang disertai oleh warga Kota Marudu yang berbilang bangsa, umur dan agama. Perlawanan persahabatan bola sepak diantara D'Sulap Entertainment dan Jabatan Kerajaan Kota Marudu turut mencuri perhatian orang ramai di mana Felix sendiri bermain mewakili pasukan D'Sulap. Mini Konsert yang sepatutnya diadakan pada 08 Ogos 2009 ini ditunda ke tarikh yang baru atas sebab penularan wabak H1n1 yang baru-baru telah merebak di daerah kecil ini.
Tarikh: 24-26 Julai 2009 Tempat: Padang Bandaran Kota Kinabalu
Sempena Ekspo Desaneka yang dianjurkan Kementerian Perindustrian Negeri Sabah, D'Sulap Entertainment telah diberi peluang untuk mengadakan promosi album Felix 'Aku Juga Iya' dan mengadakan 'jamming session' bagi menghiburkan pengunjung gerai D'Sulap yang dibuka seawal jam 9 pagi sepanjang 3 hari berlangsungnya ekspo ini. Antara band yang hadir ialah JIAJA, W.O.R.M & Hide, Oldnavy dan penampilan istimewa dari Buttak seorang gitaris yang tidak asing lagi di negeri ini yang telah mempersembahkan 'solo maut' beliau bagi menyerikan acara di gerai tersebut.
Syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh 4 orang sahabat berlainan bangsa yang kesemuanya berasal dari daerah Kota Belud iaitu Lynch Chian,Jass,Felix Agus & Cafu Toy. Syarikat ini pada mulanya diasaskan oleh Lynch Chian,Jass dan Cafu Toy yang meminati muzik sejak berada di bangku sekolah lagi, di mana mereka bertiga belajar di sekolah yang sama iaitu Smk Arshad Kota Belud. Pertemuan di sebuah pusat hiburan (Kota Kinabalu) pada bulan oktober tahun 2007 merupakan detik-detik pertama Felix Agus mengenali 3 sahabat ini sekaligus membawa kepada penyertaan beliau sebagai rakan kongsi kepada syarikat D'Sulap Entertainment sejurus selepas beliau menghabiskan kontrak dengan syarikat rakaman beliau awal bulan september tahun 2008. Syarikat yang berasaskan 'brotherhood' ini menyimpan visi ingin memartabatkan dan menaikkan muzik dari negeri Sabah yang sering diperlekehkan oleh masyarakat luar. THE MUSIC WAVE ARMY.......
Postal address: House 38, Lot 21, Lorong Angsa 7, Taman Winner, Jalan Kolam Luyang, 88300, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Contact us at:
016-8011517 (Jass)
014-6516557 (Ben James)